25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

40 Tahun IPG Keningau: Lahirkan Ribuan Pendidik, Angkat Warisan Seni

Flovia (Kanan) bergambar bersama yang lain selepas selesai memalu gong sebagai gimik perasmian

KENINGAU: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau kekal menjadi tonggak penting dalam melahirkan ribuan pendidik profesional sepanjang empat dekad, di samping menjadi wadah memperkasa warisan seni dan budaya pelbagai kaum.


Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng, berkata IPG Keningau menjadi simbol ketekunan, dedikasi dan semangat keilmuan tinggi dalam mendidik generasi pewaris bangsa.

Beliau berkata Institusi ini bukan sekadar pusat pengajian, tetapi lambang komitmen untuk melahirkan guru yang berilmu, berbakat dan berjiwa besar.

“Konsert ini bukan semata-mata hiburan, sebaliknya platform mengetengahkan kepelbagaian budaya etnik Sabah dan Sarawak yang kaya dengan seni serta tradisi,” katanya ketika merasmikan Konsert Menjulang 40 Tahun Warisan, Mewarna Perpaduan IPG Keningau, di sini pada Khamis.

Program anjuran IPGM Zon Sabah itu menghimpunkan pelajar dan pensyarah dari seluruh zon dengan pelbagai acara termasuk nyanyian solo dan duet, tarian etnik kreatif serta persembahan khas daripada pensyarah dan staf bukan akademik.

Datuk Flovia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, menegaskan acara sebegini mampu memupuk semangat silang budaya dan mengukuhkan penghargaan generasi muda terhadap warisan pelbagai kaum di negara ini.

Beliau turut menyambut baik usaha menjadikan konsert itu sebagai tapisan awal untuk memilih peserta mewakili zon ke peringkat kebangsaan, sekali gus membuka peluang bakat muda Sabah bersinar di pentas lebih besar.

“Sambutan ulang tahun ke-40 IPG Kampus Keningau wajar dilihat bukan sahaja sebagai perayaan kejayaan institusi itu, malah sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan pelajar, pensyarah dan warga pendidik dalam membina bangsa melalui seni dan budaya,” tambahnya.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN