24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

40 BELIA BERSYUKUR DAPAT SERTAI KURSUS BAHASA INGGERIS PERCUMA

Gambar: Setiausaha JPKK Gana-Gana, Azli Hamisin (baju putih) turut menyertai kursus tersebut


RANAU : Seramai 40 orang peserta terdiri daripada kalangan belia berasa sangat bersyukur kerana telah dapat mengikuti Kursus Bahasa Inggeris secara percuma dengan jayanya yang telah diadakan di Mini Dewan Kampung Gana-Gana baru-baru ini.

Kursus tersebut merupakan anjuran Kementerian Sains Teknologi & Inovasi Sabah dengan kerjasama AMC College Kota Kinabalu telah dikendalikan sepenuhnya oleh TeamWork Event Management.

Pengerusi JPKK Kampung Gana-Gana Witrinia Kimim semasa ditemui media BDB berkata selain daripada belia di kampung tersebut turut sama ialah belia dari Kampung Kapangian. Antara yang menjadi fokus dalam kursus itu ialah berkaitan kemahiran mendengar, bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.

Sepanjang kursus pihak penganjur telah menyediakan kemudahan para peserta seperti pen, bahan-bahan rujukan, kamus dan juga jamuan. Pemberian elaun juga turut diberikan bagi yang layak sementara sijil penyertaan akan diserahkan kemudian setelah siap dicetak oleh pihak pengurusan.

Ketua Kelab Belia Kampung Gana-Gana, Jack Delbert Keffrus berkata dia bersyukur kepada pihak penganjur kerana telah memberikan kursus secara percuma kepada para belia. Jack berpendapat kursus seumpama itu sangat memberikan manfaat kepada para belia.

“Sekurang-kurangnya masa lapang mereka pada hari ini telah diisi dengan sebaik mungkin melalui kursus ini. Sijil yang akan diterima kemudian juga mungkin dapat membantu terutama sekali bagi mereka yang sedang bersekolah atau pun yang sedang mencari pekerjaan,” katanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN