Haji Zaki bersama Haji Yazid (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Timbalan Pengerusi Masjid Al Malik Kampung Baginda Jalim Haris (kedua dari kanan).
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin menyumbangkan kewangan kepada empat buah masjid termasuk surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.
Sumbangan kewangan tersebut adalah untuk korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Dua masjid yang menerima sumbangan kewangan itu ialah Masjid Al Malik Kampung Baginda dan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor masing-masing diterima oleh Timbalan Pengerusinl Masjid Al Malik Jalim Haris dan Timbalan Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Kamaruddin Said Masjid.
Sementara sumbangan untuk Surau Al Arraf Kampung Tagai diterima oleh Pengerusinya Mohd Rizan Ampios dan Surau Nur Iman Kompleks Perumahan Polis IPD Keningau diterima oleh wakil Pengerusinya Insp Muhammad Azrul bin Muhammad.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Penyelia Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.40 Bingkor Tuan Haji Zaki Haji Zakaria yang mewakili Robert.
Turut sama pada majlis penyerahan ringkas itu Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor yang juga Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Haju Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles.
Menurut Zaki, sumbangan Wakil Rakyat Bingkor itu telahpun diamalkan sejak beliau belum lagi menjadi wakil rakyat dan sehinggalah ke hari ini.
Katanya, sumbangan tersebut diberikan secara bergilir-gilir sehinggalah semua 20 masjid termasuk surau di DUN Bingkor mendapatnya.
Keempat-empat yang menerima sumbangan itu merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert.
Pengerusi Surau Al Arraf Kampung Tagai Mohd Rizan berkata, mereka amat menghargai sumbangan tersebut yang sudah tentu mengembirakan kepada Masyarakat Islam di sekitar kawasan kampung itu.
Turut menghargai sumbangan itu,
Timbalan Pengerusi Masjid Al Malik Kampung Baginda Jalim Haris.



