TINJAU…. Sismudin (dua kanan) ketika berinteraksi dengan peniaga di pasar sentral sambil diperhatikan Helmi (kanan sekali)
LABUAN: Seramai 330 peniaga yang menyewa premis pasar sentral di sini menarik nafas lega apabila pihak Perbadanan Labuan memberi diskaun sebanyak 50 peratus bayaran sewa untuk tempoh setahun bermula Januari 2023.
Sebelum ini, pihak Perbadanan Labuan telah meluluskan pemberian diskaun 50 peratus kadar sewa kepada peniaga di bangunan UTC untuk tempoh masa yang sama.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, berkata langkah proaktif ini diambil sejajar dengan sikap prihatin pihak Perbadanan Labuan terhadap keluhan peniaga kecil mengenai ketidaktentuan ekonomi semasa.
Beliau berkata, keputusan itu diharap mampu memberi kelegaan kepada peniaga kawasan berkenaan sekaligus dapat merangsang pertumbuhan ekonomi Labuan.
“Peniga tempatan yang menjual ikan, sayuran, daging segar yang memainkan peranan penting dalam ekonomi tempatan di Labuan telah bergelut dengan pengurangan jumlah perbelanjaan pengguna menjadikan sukar untuk mengekalkan perniagaan mereka” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjuan ke pasar sentral bagi mendapatkan maklum balas daripada peniaga selepas pemberian diskaun 50 peratus di laksanakan.
Turut sama dalam tinjuan itu, Pengarah Jabatan Perlesenan Perbadanan Labuan, Helmi Bali.
Simsudin berkata, pemberian diskaun yang membabitkan 330 premis itu menyebabkan Perbadanan Labuan terpaksa menanmpung perbelajaan tambahan sebanyak RM59,400.00.