28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

32 pasukan sertai Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Labuan

SOPHIAN (dua dari kiri) bersama Mohamad Syahffie (dua kanan) ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Rithuan (tengah).

LABUAN: Sebanyak 32 pasukan telahpun mengesahkan akan menyertai Kejohanan Bola sepak Veteran terbuka Labuan anjuran Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan serta Kelab Bola Sepak LAVESTER dan Kelab Bola Sepak PUTRA.

Presiden LAFA, Sophian Said berkata, kejohanan  yang turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan itu dijadualkan berlangsung selama tiga hari 20-23 Januari 2023 itu  akan diadakan di padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan.

“Antara agensi kerajaan lain yang turut memberikan kerjasama sepanjang pertandingan itu nanti ialah PDRM, RELA dan  APM” katanya ketika ditemui di sini.

Terdahulu sebelum itu beliau bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mohamad Syahffie Haji Japril telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan, Haji Rithuan Mohd Ismail bagi membincangkan pembangunan atlit dan sukan bola sepak di pulau ini.

Sophian berkata, daripada 32 pasukan yang mengesahkan penyertaan itu melibatkan   18 pasukan dari Sabah, 4 pasukan dari Sarawak, 5 pasukan daripada Brunei Darussalam dan selebihnya merupakan pasukan dari tuan rumah (Labuan).

“Secara teknikal kejohanan yang bakal disaksikan lebih 1,500 penyokong luar dari Labuan itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh Kelab Bola Sepak LAVESTAR” katanya.

Sophian turut berterima kasih kepada Pengurus Kelab Bola Sepak LAVESTAR, Dul Alias  yang telah merancang idea  kejohanan ini untuk dilaksanakan sebagai pembuka tirai aktiviti LAFA tahun 2023.

Dalam waktu yang sama, Sophian yakin  kejohanan tersebut dapat membantu meningkatkan ekonomi Labuan khususnya daripada perkhidmatan perhotelan, homestay, pengangkutan dan pusat membeli belah disamping peniaga kecil juga dijangka menerima  limpahan hasil dari perbelanjaan ahli keluarga pemain sepanjang berada di Labuan.

Menyentuh mengenai hadiah, Sophian berkata, johan bakal menerima wang tunai RM8,000 serta piala, naib johan RM5,000 dan piala, tempat ketiga bersama  bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan medal.

Kejohanan itu juga katanya, turut menyediahkan empat anugerah pemain terbaik  iaitu, Penjaga Gol Terbaik, Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan, Pemain Terbaik Perlawanan Akhir dan Pasukan Terbaik Kejohanan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN