GIMIK…Flovia (dua dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian program
KOTA KINABALU: Sebanyak 32 badan bukan kerajaan (NGO) wanita menerima geran aktiviti bagi memperkasakan kaum hawa di Sabah.
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata, pemberian geran tersebut dapat memberi impak besar dalam memperkasakan masyarakat khususnya golongan wanita di negeri ini.
“Lebih daripada 100 permohonan yang kita diterima dan sebanyak 32 NGO wanita terpilih menerima geran aktiviti penerima geran pada tahun ini.
“Seperti yang kita semua sedia maklum, NGO merupakan medium penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.Â
“Pada 23 Ogos lalu sempena Majlis Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah, Ketua Menteri menyatakan pada tahun hadapan sebanyak RM 1.5 juta peruntukan diberikan kepada rakyat untuk memperkasakan golongan wanita melalui geran kepada NGO.
“Hal ini amat menggembirakan kerana dengan adanya peruntukan ini dapat memberi impak yang lebih besar kepada golongan wanita.
“Bagi membentuk masyarakat yang harmoni dan bertanggungjawab, NGO wanita mempunyai peranan penting dalam penyampaian maklumat kepada komuniti khususnya di negeri Sabah”, katanya ketika berucap merasmikan Program Jhewa Synergy Night 2024 di sini, pada Isnin.Â
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun, Pengerusi PUSPANITA Sabah, Datuk Nuinda Alias, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Maria Chong dan Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor. -Penerangan-