31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

31 atlet  Special Olympics Labuan diraikan Majlis Hari Raya Brighton Management Limited

GAMBAR : KENANGAN….Annie (berdiri lima dari kiri) bersama atlet Special Olympics Labuan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Brighton Management Limited di salah sebuah restoran di sini, pada Khamis.

LABUAN: Seramai 31 atlet Special Olympic Labuan termasuk lima daripadanya atlit Kerusi Roda diraikan dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Brighton Management Limited di salah sebuah restoran terkemuka di sini, pada Khamis.

Kehadiran mereka diiringi oleh 10 ahli sukarelawan yang mengawasi  dan menjaga pergerakan atlet berkenaan yang juga merupakan golongam Orang Kurang Kelainan (OKU).

Turut memeriahkan sambutan Hari Rumah Terbuka Aidilfitri Brighton Group itu ialah ahli ahli korporat dari Pusat Kewangan dan Perniagaan  Pesisir Pantai Labuan (IBFC) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) serta  kakitangan Brighton Management Limited.

Terdahulu Pengarah Urusan Brighton Management Limited, Annie Undikai ketika berucap pada majlis itu menzahir rasa kegembiraan kerana pada tahun ini  Brighton Group  dapat meneruskan tradisi  Rumah Terbuka Hari Raya selepas dua tahun berdepan  dengan Pendamik COVID 19.

Pada majli itu beliau turut marakamkan tanda penghargaan kepada Labuan FSA dan IBFC kerana telah berupaya bangkit semula  dan bertindak pantas dalam memastikan kesinambungan  operasi perniagaan dan pasaran  tidak terganggu akibat pendamik COVID 19.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang amat medalam kepada pasukan saya yang menakjubkan  kerana berjaya menghadapi banyak ketidakpastian dan bangkit semula untuk memastikan operasi perniagaan  terus berkembang…. Kami bangga memiliki anda semua sebagai keluaga kami” katanya.

Selain itu beliau juga berkongsi maklumat mengenai kejayaan Brighton Management Limited yang telah mendapat penerafan LECA  gred  1 oleh RAM Rating baru-baru ini.

“Penerafan  tertinggi pada skala enam gred menunjukaan keupayaan  dan kecekapan  Brighton Management Limited  dalam menyediakan perkhidmatan pengurusan insurans  berlesen di Labuan IBFC” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN