30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

3,000 PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAPAT MANFAAT KEMBARA REMAJA SIHAT PUTATAN

Gambar bersama Dr. Lim Kai Joo, Dr. Suhaila Osman, Dr. Nik Farah Nik Yusof Fuad, dan semua Jkuasa Pelaksana program di majlis penutupan Kembara Remaja Sihat Tunjang Negara 2024 SMK Tansau Putatan.

PUTATAN : Kira-kira 3,000 pelajar sekolah menengah di daerah Putatan mendapat manfaat dari Program Kembara Remaja Sihat 2024 Klinik Kesihatan Putatan baru baru ini.

Pelajar pelajar sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah (SMK) Petagas, SMK.Putatan dan SMK Tansau yang mana telah menjayakan program berkenaan bermula pada pertengahan Mei lalu.

Majlis Penutupan program telah berlangsung di SMK Tansau dan disempurnakan bersama Dr. Lim.Kai Joo, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Kesihatan Kawasan, Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang, dengan Dr. Suhaila Binti Osman, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Bahagian Pembangunan Bahagian Keluarga, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Hadir pada majlis penutupan itu, Pakar Perubatan Keluarga, Ketua Klinik Kesihatan Putatan selaku penganjur program, Dr Nik Farah Nik Yusof Fuad dan Pengetua SMK Tansau, Haji Rusmadi bin Ahmad.

Sekitar Aktiviti Kesihatan Penutupan Kembara Remaja Sihat Tunjang Negara 2024 Klinik Kesihatan Putatan di SMK Tansau

Sepanjang Program Kembara Remaja Sihat Tunjang Negara 2024 Klinik Kesihatan Putatan pertandingan Pentomen dan Pembuatan konten Tik Tik melalui media sosial telah diadakan dan kedua dua pertandingan itu telah dibolot oleh pelajar pelajar SMK Tansau.

Program penutupan telah diisikan ceramah berkaitan dengan Remaja Sihat Tanpa AIDS (PROSTAR) disampaikan oleh Dr. Mohd. Sufian bin Laupa dari Sektor HIV/STI/Hep C Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, selain itu Dr. Revaathey Batumalai dan Dr. Sarinah Tamring kedua dua mereka telah satu slot Ceramah Khas mengenai Kesihatan Seksual untuk Pelajar Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) kepada kumpulan khas berkenaan.

Dengan berlabuhnya tirai Kembara Remaja Sihat Tunjang Negara 2024 anjuran Klinik Kesihatan Putatan dengan kerjasama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan, Jabatan dan Agensi Kerajaan, semua Bahagian Klinik Kesiharan Putatan dan Ibu Pejabat Kesihatan Negeri Sabah, Agensi dan sektor swasta dan yang amat memainkan peranan menjayakan program berkenaan ialah ketiga tiga sekolah menengah berkenaan.

Dr. Nik Farah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program berkenaan sama ada secara langsung atau sebaliknya sehingga matlamat program dicapai dengan lancar dan berjaya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN