CERIA…….. sebahagian sukarelawan yang menyertai Program Batik Plogging bergambar kenangan di salah satu lokasi Geopark Chimney Trail Labuan.
LABUAN: Seramai 30 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGOs) telah menjayakan Program Batik Plogging yang diadakan di kawasan Geotapak Chimney Walk Trail Labuan, dekat sini, pada Ahad.
Program yang julung kalinya diadakan itu dianjurkan secara bersama Malaysia Tourism ™ Labuan, Malaysia Airport Labuan, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan dan Persatuan Penggiat Media Labuan.
Turut sama menjayakan program selama 2 jam itu ialah Perbadanan Labuan, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Labuan dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Labuan.

KUTIP…. Nor Hidayah (dua kiri) bersama Naufal (dua kanan) dan Esther (kanan sekali) mengutip sampah bahan kitar semula di laluan Chimney Trail Labuan.
Menurut Pengarah Program, Nor Hidayah Mohd Nor, program tersebut merupakan salah satu aktiviti riadah dengan mengenakan pamakaian elemen batik sambil melakukan kerja kerja tanggung jawab sosial mengutip sampah (bahan kitar semula) di laluan sepanjang Chimney Walk Trail .
“Secara tidak langsung penggunaan kain batik boleh digayakan pada bila bila masa tanpa mengira tempat, sebaliknya pemakaian elemen batik boleh digayakan dalam aktiviti harian termasuk ketika beriadah.
“Selain itu program Batik Plogging dapat menyuntik semangat orang ramai untuk mengentengahkan pamakaian batik dalam aktiviti harian mereka” katanya.
Hadir sama, Ketua Operasi Lapangan Terbang Labuan, Malaysia Airports, Mohd Naufal Rano Gelong dan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Labuan, Esther Dingkawan.