Robert semasa menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada ketua-ketua gereja kristian di DUN Bingkor.
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin memberikan sumbangan 1,000 bakul makanan termasuk beras kepada 30 buah rumah rumah ibadat bukan islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.
Sumbangan tersebut diberikan bersempena dengan Perayaan Hari Krismas tahun ini.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Bingkor menyampaikan sumbangan kepada Ketua-Ketua Komuniti Umat Katolik (KUK) dan Gereja di Bangunan Pusat Kegiatan Kebajikan Masyarakat Bingkor dalam satu majlis ringkas baru-baru ini.
Turut bersama menyerahkannya Ahli Majlis Daerah Keningau Robert Paulus dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles.
Menurut Robert, beliau memberi sumbangan itu pada setiap kali menjelang Perayaan Hari Krismas dan begitu juga pada Perayaan Perayaan yang lain seperti Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya.
Ketua-Ketua Gereja yang menerima sumbangan itu akan mengagihkan kepada umat umat mereka yang memerlukan di kuk dan gereja masing masing.
Clement Linus Pengerusi SIB Tuntumulud mewakili semua penerima mengucapkan terima kasih kepada Robert atas keprihatinan memberi sumbangan tersebut.
Katanya, dengan adanya sumbangan itu, sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan semasa merayakan Hari kebesaran Krismas tahun ini.



