28.2 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

30 Ahli LKIM Labuan sertai Kursus Protokol, Etiket Soaial dan Pengurusan Majlis.

Ahli LKIM yang menyertai kursus tersebut bersama Hajah Rokiah duduk bahagian tengah (dua dari Kiri).

LABUAN: Seramai 30  ahli Lembaga Kemajuan Islam Malaysia (LKIM) Wilayah Persekutuan Labuan menyertai Kursus Protokol, Etiket Soaial dan Pengurusan Majlis yang diadakan di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu baru baru ini.

Menurut Pengerusi LKIM Wilayah Persekutuan Labuan, Hajah Rokiah Ibrahim, kursus yang dianjurkan sendiri oleh LKIM Labuan itu  bertujuan untuk memberi kefahaman tentang prosedur Protokol, Etiket Sosial sertai  gerak kerja pengurusan dan penganjuran majlis rasmi mahupun majlis keraian.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari itu telah disampaikan oleh Setiausaha Agung Kehormat LKIM pusat, Dr Wan Fauziah Meor Yahya.

“Sepanjang kursus ini para peserta telah didedahkan untuk bertindak secara profesional dalam tugas mengiringi dan menyambut tetamu  kenamaan khususnya pada majlis majlis rasmi disamping pendedahan  tentang penyediaan persiapan dalam sesuatu majlis” katanya disini kelmarin.

Dalam pada itu beliau menzahirkan rasa puasa hati apabila peserta yang  bersimulasi secara berkumpulan bukan sahaja  menunjukkan kebolehan  dan kesungguhan dan minat yang tinggi tetapi juga dapat menghahayati  aktiviti yang dilaksanakan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN