28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

3 lelaki ditahan atas kesalahan Dadah

RANAU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Ranau telah berjaya menahan tiga orang lelaki tempatan berusia 42, 36 dan 29 tahun dalam dua kes berasingan di sini kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Dalam kes pertama, pada 19 Mac 2025, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Ranau telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun itu kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 0.32 gram di kawasan Tempat Letak Kereta, Bahagian Forensik Hospital Ranau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes kedua, pemeriksaan terhadap dua orang saspek telah menjumpai 04 paket plastik lutsinar mengandungi dadah anggaran berat 5.28gram dan 01 paket plastik lutsinar mengandungi dadah anggaran berat 0.11gram.

Kedua-dua saspek ditangkap bersama rampasan dan dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ranau untuk tindakan selanjutnya.

Hasil ujian saringan awal terhadap kedua-dua saspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2)ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a)ADB 1952.

Hasil semakan rekod lampau dari salah seorang suspek mendapati mempunyai 9 rekod lampau berkenaan kesalahan kes dadah.

Orang ramai terus diminta untuk membantu menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah di daerah ini bagi membantu pihak PDRM membenteras kegiatan ini.

Sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah dan dadah, sila hubungi IPD Ranau melalui saluran rasmi Bilik Gerakan IPD Ranau 088-875222, Volunteer Smartphone Patrol (VSP) 603-2266 2222 dan Talian Hotline PDRM 03-2266 2222.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN