25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Aktiviti sukan wadah pupuk budaya bersukan selain cerdas minda dan sihat: Robert

Robert menerima cenderamata daripada Pengerusi Pengelola Kejohanan Golf Peringkat Negeri Sabah Encik Johari Sabin.

KENINGAU:Aktiviti sukan merupakan wadah untuk memupuk budaya bersukan  selain memberi manfaat kecerdasan minda dan kesihatan dikalangan warga pendidik.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, dalam kesibukan memertabatkan pendidikan anak bangsa, aktiviti sukan perlu dilaksanakan berterusan supaya impaknya nanti dikecapi dan seterusnya dapat meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup.

ā€œSesungguhnya, akal yang sihat datang daripada badan yang cergas. Kata-kata ini membuktikan betapa pentingnya aturan hidup disulami dengan aktiviti sukan yang akhirnya akan mengharmonikan setiap perjalanan hidup seseorangā€ katanya.

Robert menyampaikan hadiah Johan Keseluruhan Zon Pedalaman kepada Pengerusi PSKPPS Cawangan Pejabat Pendidikan Daerah Keningau Masly Wahip.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata demikian semasa berucap pada majlis penutupan Kejohanan Golf Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sabah ( PSKPPS ) Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung di Keningau Golf & Country Club (KUGCC)di sini.

ā€œSelaras dengan hasrat kejohanan sukan ini bagi memilih pemain untuk mewakili JPN Sabah dalam kejohanan sukan golf peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Jun nanti. Saya berharap agar pemain yang nakal mewakili JPN Sabah nanti dapat memberi komitmem dan seterusnya berusaha mendapatkan pingat untuk JPN Sabahā€ katanya.

Hadir sama Pengerusi Pengelola PSKPPS 2022 Peringkat Negeri Sabah yang juga Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Masly Wahip, 

Presiden Kelab Golf dan Rekreasi Jabatan Negeri Sabah yang juga Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Datu Roslin Hj. Siabuk, Pengerusi Pengelola Kejohanan Golf Peringkat Negeri Sabah Johari @ Jaibet Sabin, Kapten Kelab Golf dan Rekreasi Jabatan Negeri Sabah Kadir Ali dan Presiden KUGCC  Azman Haji Ruslan.

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN