28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Robert Tawik mengunjungi beberapa rumah terbuka Hari Raya di kawasan Bingkor

Robert (lima dari kanan)mengabadikan gambar keanangan bersama kekadananya Haji Yazid (tiga dari kiri)dan tetamu yang hadir.Robert (tengah)mengabadikan gambar kenangan dengan Hairin bersama tetamu lain yang hadir.

KENINGAU:Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah  Datuk Robert Tawik mengambil kesempatan  mengunjungi beberapa buah Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kawasan Bingkor.

Antaranya ialah  rumah kekanda beliau, Tuan Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles di kediamanya di Taman Fajar Keningau kemudian menghadiri  Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri KRT Kampung Riting Apin-Apin.

Seterusnya ke rumah  Eddy Kasih di Kampung Binaong , ke  Kampung Kirokot rumah  Hairin Suhaili dan kemudian ke rumah keadiaman Puan Haini Karno di Kampung Pamalan.

.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berharap semoga semua yang menyambut hari raya tahun ini juga memperoleh kegembiraan hendaknya di samping keluarga tercinta dan juga sahabat handai.

“Semoga Hari Raya Aidilfitri yang boleh disambut secara bersemuka pada tahun ini dapat mengubat kerinduan kita kepada keluarga dan juga rakan-rakan seterusnya mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN