32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

27  pemilik dan pencinta Kucing sertai  Kelas Dandanan Kucing

SUFIAN (kiri sekali) dan Adilah (empat dari kiri) bersama team Putra Cat Hotel dan wakil penaja dari bersama pihak cuckoo yang menjayakan program tersebut.

LABUAN :Seramai 27 pemilik dan  pencinta kucing Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai Program Kelas Dandanan Kucing (Cat Grooming Class)  anjuran  Hamka Muezza Cattery yang juga  seorang breeder kucing berbaka British Shorthair.

Program yang mendapat kerjasama dengan Putra Cat Hotel Limbang Sarawak dan Kelab Pencinta Kucing Labuan telah diadakan di Homestay Datuk Rozman Isli, Jalan Tenaga, dekat sini, pada Sabtu.

Menurut  Pengerusi Penganjur yang juga Pengerusi Kelab Pencita Kucing Labuan  Adilah Latif, program tersebut antara lain bertujuan untuk mendedahkan tentang penjagaan kucing kesayangan dari segi pemakanan, kebersihan, dandanan kucing agar sentiasa segar dan cantik, selain memberi peluang perniagaan kepada pecinta kucing  juga dapat membuka peluang perniagaan kepada pecinta kucing.

“Selain itu, pencinta kucing  juga dapat mengenal pelbagai jenis produk shampoo yang boleh digunakan mengikut kesesuaian kucing masing-masing dengan pelbagai teknik yang betul” katanya di sini selepas program itu berakhir.

Sementara itu, pemilik Putra Cat Hotel, Sufian Mohat menjadi tetamu khas untuk menyampaikan ceramah berkaitan penjagaan dan dandanan  serta teknik penjagaan  kucing betul.

Turut memberikan ceramah pada program itu ialah  Ketua Penguatkuasa Veterinar Labuan yang  menyampaikan ceramah bertajuk “Talk About Animal Welfare”.

Adilah berkata, selain pemilik kucing turut menyertai program ini ialah wakil wakil daripada   kedai Haiwan Peliharaan ( petshop) yang ada di Labuan.

Pelbagai jenis  baka import seperti Bengal, British Shorthair,  Scotish fold dan Parsi termasuk kucing  jalanan yang dikutip oleh  milik pecinta kucing dipamerkan sebagai model dandanan (grooming).

Dalam pada itu, Adilah turut berterima kasih kepada wakil CuCkoo’ yang diwakili oleh Faizura, BF Pet Shop Kota Kinbalu,   Haru Pet Shop dan Happy Pet Shop Labuan yang telah menaja program tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN