26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 22, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan Negeri tetapkan had kehadiran program Kaamatan 2022

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menetapkan had kehadiran fizikal
bagi Program Kaamatan di semua peringkat pada tahun ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah pada Isnin, jumlah kehadiran fikizal untuk peringkat negeri tidak melebihi 1,000 orang.

Bagi peringkat daerah, kehadiran tidak melebihi 500 orang, manakala di peringkat mukim atau kampung, kehadiran adalah 50% mengikut kapasiti ruang premis.

“Semua jawatankuasa perlu memastikan pematuhan Standard Operating
Procedure (SOP) yang ketat seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, pengimbasan kod QR MySejahtera dan bebas gejala COvID-19.

“Kerjasama semua pihak untuk mematahui ketetapan had kehadiran dan SOP berkaitan adalah untuk memastikan tiada penularan Covid-19 sepanjang program Kaamatan tahun 2022,” jelas kenyataan itu.

Untuk rekod, tahun 2020 tiada program Kaamatan diadakan, manakala 2021, pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi diadakan secara atas talian dengan jumlah kehadiran yang terhad dalam kalangan peseta dan petugas sahaja.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN