Datin Doris (tiga dari kiri)bersama rombongan menyampaikan sumbangan kepada Puan Suliah Liki di Kampung Sandapak.
KENINGAU:Sempena dengan Program Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) DUN Bingkor Datin Doris @ Nurul IIiiliyana Jopirit isteri ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyampaikan sumbangan kepada individu-individu di kawasan yang memerlukan.
Sumbangan yang disampaikan berupa kerusi roda serta keperluan asas seperti pampers, ubat-ubatan, dan bakul makanan.
Penerima-penerima adalah terdiri daripada Puan Suliah Liko di Kampung Sandapak, Puan Langot Gulim di Kampung Baru, Puan Rosinah Orangkuti, Puan Saripah Yamudah Encik Lidong @ Udong Marijal yang sedang kuarantin di Kampung Tohan Baru, Puan Saudah Katimbau di Kampung Liau Ulu dan Encik Jaimis Anthony Leong di Kampung Bakiau Keningau.

Datin Doris (tengah)bersama rombongan menyampaikan kerusi roda dan bakul makanan Puan Langot Gulim di Kampung Baru yang diterima anaknya.
Mengiringi Datin Doris ialah Ketua Wiranita dan Wiramuda STAR Bahagian Bingkor Puan Jennifer Epil dan Florian Ilon serta AJK Wiranita dan Wiramuda menyampaikan sumbangan tersebut dari rumah ke rumah penerima.
Ahli-ahli keluarga penerima sumbangan tersebut merakamkan ucapan terima kasih kepada MUTIARA GRS dan berasa syukur diatas kehadiran Datin Doris dan rombongan.