Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan kes penipuan menerusi atas talian

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan kes penipuan menerusi atas talian

13/01/2022 Off By Jainuddin Nasir

RANAU: Orang ramai di daerah ini di nasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pelbagai kes penipuan menerusi talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Simiun Bin  Lomudin (gambar) berkata,  daripada kajian  yang dibuat didapati golongan pelajar dan orang awam merupakan mangsa  terbesar kegiatan penipuan di mana hampir 80 peratus daripada aduan yang diterima  melibatkan orang awam dan 20 peratus daripadanya adalah melibatkan kakitangan awam yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.

Menurutnya, peningkatan kes melibatkan kegiatan penipuan di Ranau agak membimbangkan di  mana kes penipuan tertinggi adalah penipuan pinjaman  dan pelaburan yang tidak wujud.

“Justeru orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwasapada  dalam apa juga urusan dengan orang tidak dikenali mahupun yang dikenali.

“Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berwaspada terutama  mendapat panggilan dari mana-mana agensi penguat-kuasa dan meminta data peribadi termasuk  data perbankan dan tidak menyerahkan atau meminjamkan sebarang dokumen atau akaun milik sendiri kepada sesiapapun untuk mengelakan dari menjadi mangsa penipuan serta salahguna akaun untuk tujuan  penipuan yang mengakibatkan pemilik akaun didakwa  dibawah seksyen tertentu”, tegas DSP Simiun dalam satu kenyataan  Media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kelmarin (12 Januari).

Beliau memaklumkan,  sehingga Disember tahun 2021, 80 peratus aduan yang diterima adalah berkaitan dengan pinjaman tidak  wujud manakala 15 peratus aduan berkaitan  pelaburan yang tidak wujud dan 5 peratus lagi adalah melibatkan pelbagai penipuan.

Menurutnya lagi,  pada tahun lalu IPD Ranau  telah membuka sebanyak 35 kertas siasatan sehingga  bulan Disember 2021 berbanding kertas siasatan yang dibuka pada tahun 2020, sebanyak 51 kertas siasatan menunjukkan penurunan kes penipuan bagi daerah Ranau sebanyak  16 kes atau 145 peratus, nilai kerugian yang dilaporkan didapati menaik sebanyak RM221,281.09 iaitu daripada RM257, 751.00 bagi tahun 2020 kepada  RM 543, 369.89 bagi tahun 2021 manakala awal tahun 2022 terdapat peningkatan kes sebanyak 3 kertas siasatan  dibuka dengan kerugian sebanyak RM211,323.00 berbanding  2 kes dengan kerugian sebanyak RM34,460.00 Januari 2021, kerugian yang besar melibatkan penipuan pelaburan pinjaman tidak wujud melalui facebook dan penipuan macau scam (menyamar sebagai pegawai polis, Lhdn kastam dan Sprm).

DSP Simiun turut mendedahkan antara penipuan yang dilaporkan di daerah Ranau adalah seperti  tipu Pelaburan, Pinjaman Tidak Wujud, Tawaran Kerja  Online,  Pemalsuan Dokumen, Jual Beli Kenderaan yang tidak wujud, tipu TAC,  Pengeluaran Wang dari Akaun,   Menyamar  Sebagai Penjawat Awam, e-Dagang, Facebook, Instgram,  Jual Siling Lama, Jual Beli Kenderaan, Jual Beli Barangan  Elektrik dan Jual Beli Telefon Bimbit.

“Sekiranya orang ramai berasa curiga dan was-was dalam urusan dalam talian atau apa juga  urusan yang mencurigakan boleh menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi  nombor hotline IPD Ranau 088-878476 atau Bahagian Siasatan Jenayah Komersil 088-875222 sambungan 226.

“Orang ramai juga boleh melayari laman web http/ccid.rmp.gov.my/ semakmule atau melawat mana-mana page facebook PDRM Polis daerah Ranau dan sentiasa beringat jangan hanya kerana mempunyai sikap tamak dan keinginan yang tinggi mengakibatkan anda mengalami kerugian. ‘Jenayah  Membawa Padah”, tambah DSP Simiun.