Sebahagian daripada penjaja Bundle Sirih di kaki lima bangunan premis pekan Ranau.
RANAU: Para penjaja ‘Bundel Sirih Pinang’ (Tinggaton) di pekan di sini, menarik nafas lega kerana pihak berkuasa tempatan membenarkan para penjaja beroperasi semula selepas terhenti buat sementara ekoran pandemik Covid-19 walaupun belum menerima surat rasmi kebenaran daripada pihak Majlis Daerah Ranau (MDR)
Ramai penjaja yang sempat ditemui, masing-masing berterima kasih kepada MDR membenarkan para pengusaha bundle beroperasi semula (walaupun belum ada surat rasmi) kebenaran selepas tertangguh sejak penularan Covid-19 awal tahun 2020.
“Kami mengharapkan agar aktiviti niaga kami tidak lagi terhenti dan terus memberi peluang kepada kami untuk beroperasi meskipun di kawasan kaki lima permis perniagaan, sementara menunggu tapak khas yang bakal disediakan MDR untuk kami menjaja secara teratur kelak”, jelas Surina Hahim 43, dari Kg.Kinaratuan Ranau.
Seorang lagi penjaja bundle mengharapkan kepada MDR supaya dapat menyegerakan penyediaan tapak khas kepada mereka agar lebih teratur dan tidak menjejaskan panorama pandangan mata para pelancong luar.
Sementara pihak MDR ketika dihubungi pula, mengharapkan kepada para penjaja bundle sirih itu supaya memastikan mematuhi SOP yang ditetapkan seperti penjarakan fizikal sekurang-kurang satu meter antara mereka dengan orang ramai, menyediakan alat pengimbas suhu dan cecair pembunuh kuman (Sanitizer) untuk mengekang penularan Covid-19.
Para penjaja bandel sirih juga hendaklah semua sudah lengkap menerima suntikan vaksin dos dua agar mereka ada benteng diri daripada jangkitan Covid-19.