Robert memyampaikan sumbangan kewangan untuk tiang elektrik kepada Jennifer.
KENINGAU: Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) Kampung Tuntumulud Bingkor menerima sumbangan kewangan untuk membiayai tiang eletrik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
JPKK Kg Tuntumulud Bingkor Puan Jennifer Epilyang berkata, tiang eletrik tersebut adalah untuk penyambungan bekalan elektrik ke perkampungan baru Kampung Tuntumulud.
Bagi pihak penduduk kampung itu Jennifer mengucapkan terima kasih kepada Datuk Robert Pembantu Menteri Merja Raya Negeri Sabah atas sumbangan tersebut
Beliau menyifatkan Datuk Robert adalah seorang pemimpin rakyat yang mudah ditemui dan peka dengan keluhan rakyat khususnya di kawasannya.
Robert (kiri) meyampaikan sumbangan kepada Alfred.
“Beliau begitu merasai, memahami dan mengerti yang diutarakan oleh rakyat berhubung kait dengan permasalahan di kawasannya. Jika Datuk Robert mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakyat, beliau akan turun padang meninjau permasalahan dan akan mengambil tindakan yang secepatnya” katanya selepas menerima sumbangan itu hari ini.
Terdahulu ADUN Bingkor itu menyampaikan sumbangan kewangan kepada Komuniti Katolik Dasar (KKD) Kampung Buang Sayang Bingkor.
Sumbangan tersebut untuk program pemberkatan kuburan Komuniti Katolik Dasar Kamoung buang sayang Bingkor
Ahli Jawatankuasa KKD Kampung Buang Sayang Alfred Juffring mewakili KKD menerima sumbangan tersebut.