26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 10, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

2021 adalah tahun yang amat mencabar: Masidi

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

KOTA KINABALU: “Tahun ini adalah tahun yang amat mencabar bagi rakyat kita di Sabah, akibat daripada pandemik covid-19,” kata Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun (gambar).

Katanya, adalah menjadi harapan, cabaran pandemik Covid-19 ini tidak melunturkan semangat untuk sama-sama memertabatkan budaya.

“Tahun ini kita menyambut Kaamatan sekali lagi dalam suasana yang agak muram, tapi harapan saya ialah semua rakyat negeri Sabah akan terus meraikannya dengan penuh kesungguhan, rasa terpanggil  dan memainkan peranan masing-masing untuk memertabatkan budaya kita,” ujarnya.

Masidi yang juga ADUN Karanaan berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena Pesta Kaamatan 2021, di Kota Kinabalu.

Menurut Masidi, seperti tahun lepas (2020), tahun 2021 juga adalah tahun yang amat mencabar. Namun atas kesedaran, banyak iktibar dan pengajaran daripada apa yang telah dan sedang dilalui.

“Sesuai dengan semangat Huminodun yang mengorbankan diri untuk kebaikan, adalah menjadi harapan ia dapat diterjemahkan dengan berkorban banyak kesenangan bagi memastikan kita dapat mengatasi cabaran komuniti dengan jayanya.

“Justeru, saya turut mengajak seluruh rakyat di negeri ini untuk sama-sama mendoakan kemakmuran dan kejayaan di seluruh negeri Sabah,” gesanya.

Kesempatan ini, Masidi mengucapkan ‘Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan’ kepada seluruh rakyat Sabah, khususnya penduduk daerah Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN