32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mac 29, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

200 pemandu e-hailing terima kit penjagaan kendiri

SIMBOLIK…..Mahanum (tengah) bersama ahli ahli MBL Rakan muda dan pemandu teksi pada majlis Sambutan Hari Kesukarelaan Belia serta pengedaran kit penjagaan kendiri di Lapangan Terbang Labuan.

LABUAN Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan dengan kerjasama Jabatan Penerangan dan Majlis Belia Labuan (MBL) mengedarkan kit penjagaan kendiri kepada 200 pemandu teksi e-hailing dan bas mini sempena Sambutan Hari Kesukarelaan Belia Malaysia peringkat Labuan, pada Sabtu.

Sambutan yang diadakan serentak di seluruh negara itu turut disertai oleh Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Labuan bagi membantu mengedarkan kit berkenaan bermula di Lapangan Terbang Labuan seterusnya ke Ujana Kewangan, Terminal Feri Penumpang Antrabangsa Labuan dan berakhir di Terminal Bas Labuan.

PRESIDEN MBL… Abdul Mutalib menyerahkan kit penjagaan kendiri kepada salah seorang pemandu teksi di Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan Mahanum Fauzi berkata, pemandu teksi e-hailing dan bas adalah salah satu barisan hadapan dalam usaha kerajaan membudayakan amalan norma baharu bagi mencegah penularan pendamik COVID-19.

“Kita juga turut mengedarkan buku norma baharu yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia untuk mereka memahami norma baharu yang disarankan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Kesukarelaan Belia Malaysia dan penyerahan kit penjagaan kendiri di Lapangan Terbang Labuan.

Hadir sama, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Abdul Aziz Mohd Salleh dan Presiden Majlis Belia Labuan Abdul Mutalib Sahari.

Mahanum berkata, selain edaran kit penjagaan kendiri, sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia turut diisi dengan program khidmat komuniti yang dijalankan di Kolej Matrikulasi Labuan (KML).

“Aktiviti gotong-royong itu antaranya mengecat Blok Dewan Kuliah dan Pusat Sumber KML di samping berinteraksi dan memberi sokongan moral kepada pelajar-pelajar KML,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN