32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

20 anak yatim  Darul Kifayah MAIWP diraikan

DUIT RAYA… Simsudin (tiga dari kanan) bersama Uegune (tiga dari kiri) dan Shairul (dua kiri) menyampaikan duit raya dan hamper kepada anak anak yatim.

LABUAN: Seramai 20 anak anak yatim dari  Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan diraikan dalam Majlis Iftar anjuran Tiara Labuan Hotel dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon1 di hotel berkenaan pada Rabu.

Menurut Pengurus Tiara Labuan Hotel, Uegune Chin, program  tersebut merupakan salah satu Tanggung Jawab  Korporat (CSR)   bertujuan bagi mengimarahkan bulan Ramadan disamping berkongsi rezeki disamping memberi kegembiraan  kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Mereka yang diraikan itu turut menerima sumbangan Duit Raya dan Hamper  yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Hadir sama Pemangku MPP Sub zon 1, Shairul Sabtu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN