30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

20 agensi kerajaan Labuan lengkap 100 peratus terima vaksin

LABUAN:   Sebanyak 20 agensi  kerajaan daripada 76 agensi yang beroperasi  di Labuan telah  lengkap vaksinasi 100 peratus bagi kedua-dua dos vaksin COVID 19.

Manakala 14 agensi lain telah lengkap 100 peratus dos pertama  dan selebihnya mencapai lebih 85 peratus  vaksinasi.

Demikian diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Wilayah Persekutuan Labuan, Rithuan Ismail ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin, Kolej Matrikulasi Labuan, kelmarin.

Rithuan yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan berkata, perkembangan itu mmbolehkan usaha mencapai imumiti kelompok berjaya dilaksanakan sepwrti yang diaasarkan oleh lerajaan.

Kejayaaan itu juga adalah   komitmen daripada kakitangan awam Labuan amat memberangsangkan dan ini sekali penularan pendemik COVID 19 dapat dikekang sepenuhnya di pulau ini.

Namun demikian katanya, terdapat juga sebilangan kecil kakitangan awam di pulau ini yang menolak pengambilan  vaksin yang dijalankan oleh kerajaan  menerusi Program Imunisasi COVID 19  Kebangsaan.

Katanya, JPBD Labuan mempunyai perancangan  khusus bagi  golongan berkenaan, ini kerana  beberapa agensi kerajaan di Labuan  mempunyai perkhidmatan  kaunseling yang boleh membantu golongan berkenaan.

Beliau juga bersedia untuk menyenaraikan nama-nama penjawat awam yang  berkaitan untuk diserahkan kepada  jabatan yang mempunyai perkhidmatan kaunseling bagi mendapatkan penjelasan atau masalah yang dihadapi oleh kakitangan berkenaan.

Dalam waktu yang sama beliau sekali lagi  memyeru mana-mana kakitangan agensi kerajaan yang belum lagi menerima vaksin supaya mengambil vaksin kerana ia bukan sahaja sebagai sosial sukarela tetapi yang lebih penting memenuhi tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam.

“Saya rasa inilah yang perlu diterapkan dan ditekankan  kepada semua kakitangan yang belum lagi menerima vaksin… kerana mereka mempunyai tanggungjawab sebagai kakitangan awam yang berdisiplin dan berdidikasi” katanya.

Jelas Rithuan lagi,  program pemvaksinan terutama yang melibatkan  agensi kerajaan yang berkaitan dengan perkhidmatan penting perlu diberi keutamaan  supaya mereka dapat melaksanakan perkhidmatan dengan  sempurna.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN