Robert (duduk tengah)bergambar bersama Pengerusi Masjid dan Surau yang selepas penyampaian sumbangan.
KENINGAU:19 buah masjid temasuk surau bagi kawasan Bingkor menerima sumbangan Bulan Ramadan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Masjid terdiri daripada Masjid Nurhidayah Pekan Bingkor, Masjid Ukhuwah Apin Apin, Masjid Al-malik Kg. Baginda, Masjid Ar Rasyid Kg. Kota Ayangan , Masjid Riyadhus solihin Kg. Merampong, Masjid At Taqwa Daerah Keningau, Masjid Ar Rahim Pekan Keningau dan Masjid Al Dazilal Kg. Bayangan.
Manakala surau ialah Surau Al Huda Kg. Kirokot Baru, Surau Al Arraf Kg. Tagai, Surau Kg. Kilambang, Surau Otmania Kg. Sandapak, Surau Ar Raydhah Kg Mengitom Baru, Surau Al Islaahiyah Kg. Bunga Raya, Surau Al Hidayah Kg. Tohan Baru, Surau IMH Kg. Rizab Lambanga, Surau Sri Kamisa Kg. Tuarid Taud dan Surau An Nur Kg. Bandukan Baru.
Menurut Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya, sumbangan serupa ini telah dijalankan sejak beberapa tahun sebelum beliau menjadi wakil rakyat.
Robert menyeru kepada semua masyarakat Islam agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Endemik Covid 19 yang masih dikuatkuasakan.
“Kita perlu memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan khusus Kementerian Kesihatan Malaysia dalam penyebaran wabak covid 19” katanya selepas menyampaikan sumbangan itu.
Beliau berharap masyarakat Islam dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba dengan suasana yang menggembira.
Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat N40 Bingkor Junior Fred Vincent.