25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

179 PJKK hadiri bengkel Sistem Profil Kampung

Pengerusi JKKK Kg Kituntul Lama menerima sijil daripada Azman

RANAU: Seramai 179 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah menghadiri Bengkel Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) Negeri Sabah Bagi Daerah Ranau yang diadakan di sini pada hari Selasa.


Bengkel dua hari yang diadakan di Putri Nabalu Lodge Kundasang itu merupakan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.


Program tersebut turut melibatkan Bahagian Komuniti Desa, KKDW / Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Ranau dan juga wakil Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).


Tujuan bengkel tersebut diadakan ialah bagi pengemaskinian data profil kampung peringkat Nasional (SPKPN) sementara objektif utamanya ialah untuk mengemaskini data profil kampung bagi Daerah Ranau.


Antara lain pengisian program adalah termasuk ceramah Mengisi buku profil kampung yang disampaikan oleh Ketua Penyelaras Unit Komuniti Desa KKDW, Nurul Amyiliana Hazrina Binti Ishak.


Majlis perasmian dilaksanakan oleh Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Bahagian Komuniti Desa, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Azman Bin Maarof.


Dalam ucapannya, beliau berterimakasih kepada semua yang hadir dan mengucapkan tahniah atas komitment para pemimpin masyarakat tempatan yang telah berjaya menyiapkan 80 peratus laporan mereka.


“Ini menunjukkan bahawa komitmen kamu dan kerjasama serta hubungan antara para pemimpin kampung dengan para Penggerak KEMAS di daerah ini adalah sangat akrab. Saya berharap agar hubungan ini terus kekal,” katanya.


Beliau menyambut baik persoalaan yang ditimbulkan oleh wakil-wakil kampung bertanyakan bagaimana KEMAS boleh terus membantu dari segi pembangunan.


“Tentang ini, ada saluran-saluran yang disediakan oleh KEMAS yang menjurus kepada program-program komuniti, manakala untuk program-program fizikal, kita ada pejabat KKDW Negeri Sabah yang lebih menjurus kepada penyerahan Bantuan program-program fizikal.


“Saya, mewakili bahagian Komuniti Desa, lebih menjurus kepada pembangunan dan kepimpinan kampung. Di sinilah satu platform di mana anda dapat bekerjasama dengan kami dalam menyediakan data profile kampung masing-masing,” kata beliau.


Azman menambah bahawa usaha para pemimpin kampung dalam menyediakan data serta maklumat kampung pada hari ini akan memberikan manfaat kepada para penduduk kampung di masa akan datang.


Katanya, ini dicapai melalui program-program pembangunan yang tersusun, sistematik dan holistic keranan data-data yang terkandung dalam rekod tersebut menyenaraikan tentang apa yang ada di kampung masing-masing.


“Maka, sekiranya pimpinan kampung gagal untuk berkongsi, maklumat penting tersebut tidak akan dibawa ke ibupejabat dan tidak dapat dimasukkan di dalam sistem.


“Jika demikian, kerajaan melalui kementerian-kementeriandan rakan strategik tidak akan dapat merujuk data kempung anda dan merancang untuk merangka pembangunan di kawasan berkenaan,” kata Azman.


Di samping itu, katanya, dengan adanya data-data profile kampung, pihak KEMAS boleh merancang program-program pembangunan, misalnya yang melibatkan golongan belia, wanita, ibu tunggal dan lain-lain.


“Begitu juga dengan prasarana asas yang melibatkan jalan-jalan, jambatan kampung, lampu jalan dan sebagainya. Tanpa laporan berkenaan maka pihak urusetia tidak mengetahui keperluan sebenar sesuatu kampung itu.


“Syabas atas kehadiran yang ramai pada hari ini. Ini menunjukkan betapa para pimpinan kampung di daerah ini bersungguh-sungguh ingin melihat perubahan dan kemajuan di kampung masing-masing,” katanya.


Justeru, Azman menggesa para pemimpin kampung yang belum lagi menyediakan laporan data prfile kampung mereka agar berbuat demikian secepat mungkin supaya semua urusan dapat dijalankan dengan lebih lancar.


Hadir sama di majlis itu ialah Wakil UPPM N38 Paginatan, Penyelia Kemajuan Masyarakat N.38 Paginatan, Japili Madi, Penyelia Kemajuan Masyarakat N.36 Kundasang, UPPM N.37 Karanaan.


Turut hadir, Penyelaras SPKPN bagi kawasan DUN N36 Kundasang, Arvidah Asli, Penyelaras SPKPN bagi kawasan DUN N37 Karanaan, Hainie Zakin, Penyelaras SPKPN bagi kawasan DUN N38 Paginatan, Norlela Hamirin dan lain-lain.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN