ADVERTISEMENTspot_img

17 keluarga asnaf ceria dapat beli baju raya melalui Program Shoping Riang Raya

Mohd Rafie (dua dari kanan) bersama satu keluarga asnaf yang berpeluang membeli pakaian raya pada program itu.

LABUAN: Kegembiraan jelas terpancar di wajah 17 keluarga golongan asnaf kerana dapat memilih dan membeli sendiri baju raya Adilfitri tahun ini melalui program ‘Shoping Riang Raya’ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan yang diadakan di salah sebuah pasaraya di sini, pada Sabtu.

Pengurus MAIWP Cawangan Labuan, Ustaz Mohd Rafie Zakaria berkata 17 keluarga yang membabitkan 100 penerima itu diperuntukan RM300 seorang menerusi Bantuan Sara Hidup MAIWP dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM 35,000.

Selain itu, kesemua penerima berkenaan turut menerima duit raya bernilai RM50.

“Kita mahu mereka buat persiapan raya dengan lebih selesa sekaligus dapat merasai kegembiraan menyambut syawal nanti.

“Semua ini adalah amanah dari para pembayar zakat jadi kami di MAIWP tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembayar zakat”, katanya kepada media pada program tersebut.

Mohd Rafie berkata, inisiatif ini bukan hanya sekadar memberi peluang kepada golongan asnaf membuat persiapan hari raya dengan lebih selesa, malah turut memperlihatkan pendekatan menyantuni secara dekat apabila para pegawai dan kakitangan MAIWP bersama-sama menemani setiap keluarga memilih pakaian serta keperluan Aidilfitri.

“Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan MAIWP dalam memastikan golongan asnaf turut merasai kegembiraan menyambut Syawal dengan penuh bermakna selaras dengan aspirasi memperkasa kebajikan ummah’, jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN