30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

16 premis makanan Kompleks Ujana Kewangan Labuan  terima pengiktirafan  BeSS.

TAHNIAH….Pengurus Golden Fish, Noridahwati Abd.Ghani menerima sijil pengiktirafan BeSS daripada Norrani.

LABUAN:Sebanyak 16 premis makanan yang beroperasi di kompleks Ujana Kewangan Labuan menerima pengiktirafan “Bersih dan Selamat” (BeSS) dari Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis Penyampaian Sijil pengiktirafan itu disempurnakan  oleh Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), TS Norrani Eksan, sempena Sambutan Hari Keselamatan Makanan SeDunia 2024, peringkat Labuan yang diadakan di Ruang legar Ujana Kewangan baru baru ini.

Pengiktirafan  itu sekaligus menjadikan Kompleks Ujana Kewangan Labuan sebagai Hab Premis BeSS Labuan.

Terdahulu Norrani ketika berucap berkata, sehingga Kini kumulatif premiss BeSS di Labuan adalah sebanyak 53 premis.

“Bilangan ini akan dipertingkatkan dari masa kesemasa bagi memberi pilihan kepada orang awam untuk makan di premis yang bersih dengan hidangan makanan yang selamat” katanya.

Sementara itu katanya, sebanyak 16 pengesahan makanan sediaaan dirumah telah mendapat penyenaraian Home-based Food daripada KKM.

Menyentuh mengenai Sambutan Hari Keselamatan Makanan SeDunia beliau berkata, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu telah mengisytiharkan 7 Jun  sebagai Hari Keselamatan Makanan SeDunia.

Ia merupakan acara tahunan yang diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan makanan yang boleh memberi kesan.

Hadir Sama, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Mohd Zaki Ab Hamid dan Timbalan Pengarah Kesihatan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Syazwani Md Helmie.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN