25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

BUNH BERPUAS HATI DENGAN PELAKSANAAN VAKSINSI DI SABAH

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Dato’Sri Bung Moktar Radin ( gambar ) berpuas hati dengan pelaksanaan proses Vaksinasi yang sedang berjalan di negeri ini.

Katanya, setakat ini kira kira 200,648 orang telah menerima suntikan Vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Sabah sekurang-kurangnya dos pertama bagi fasa satu dan fasa kedua.

“ Setakat ini kita nampak peningkatan yang ketara bagi penerima Vaksin di negeri ini dan kita berharap sasaran seramai 268,000 penerima vaksin dapat dicapai bagi fasa kedua” katanya ketika ditemui di sini sebagai mengulas perkembangan pemberian Vaksin Covid-19 di Sabah.

Sebelum ini Bung yang juga Menteri Kerja raya telah menyuarakan agar pemberian vaksin di negeri ini dipercepatkan ini termasuklah memberikan kebenaran kepada kerajaan negeri untuk membeli bekalan vaksin daripada Pharmaniaga dimana menurut beliau ianya boleh mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Sabah

“Setakat ini saya dimakluman sudah ada hospital swasta di negeri ini yang melaksanakan program imuniasi COVOD-19 dan kita berharap lebih banyak lagi hospital swsata di negeri ini terlibat” katanya

Dalam perkembangan yang sama Bung berharap kempen berterusan menjayakan kempen vaksinasi kepada rakyat Sabah diperhebatkan.

“ Kita tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada pendaftaran melalui My Sejahtera tapi kaedah lain perlu kita gunakan seperti pendataran melalui aplikasi whatsapp,pandu lalu dan pendekatan lain bergerak ke kampung-kampung , perlu dilaksanakan ini disebabkan masih ramai rakyat khususnya di luar bandar dan pedalaman di negeri ini yang kurang memahami kaedah pendftaran kerana kekangan komunikasi serta kebaikan menerima vaksin,” jelas Bung

Menurut Bung kempen keyakinan berhubung penjelasan mengenai vaksin COVID-19 adalah selamat dan perlu diberikan kepada rakyat oleh ahli politik samada di pihak kerajaan atau pembangkang termasuk pemimpin akar umbi bagi menangkis sentimen dan propaganda kumpulan antivaksin.

“Banyak berita-berita palsu yang disebarkan di WhatsApp dan web dan sebagainya sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai untuk menerima Vaksin ,yang perlu kita tangkis” ujar beliau.

Menurut Bung dengan adanya usaha berterusan daripada ahli politik kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang) bukan hanya mendukung tetapi mempromosi usaha matlamat program vaksinasi COVID-19 mencapai sasarannya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN