26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

150  pihak berkepentingan sertai Libat Urus Belanjawan 2025 peringkat Labuan.

DR. ZALIHA(tengah) bersama Hanifah dan Noridah pada Sesi Libat Urus Belanjawan 2025 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Labuan: Kira kira 150 orang pihak yang berkepentingan merangkumi  Jabatan Agensi Kerajaan, badan bukan Kerajaan, Persatuan dan pemain industri serta pemimpin masyarakat menyertai sesi Libat Urus Belanjawan 2025 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, pada Sabtu.

Majlis yang diadakan di salah sebuah hotel disini pengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustapha.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Indera Noridah Abdul Rahim, Pengerusi Perbadanan Labuan, Tan Sri Hanifah Aman, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

SUHAILI mewakili Rakyat Labuan ketika memberikan pandangan dan cadangan untuk diangkat dalam pembentangan Belanjawan 2025 khusus untuk Labuan

Majlis yang berlangsung hampir dua jam itu  menyaksikan beberapa pemain industri, pemimpin politik, pemimpin masyarakat termasuk kepimpinan Belia telah mengutarakan pelbagai pandangan dan cadangan bagi memastikan Labuan tidak ketinggalan khususnya dalam mendapatkan peruntukan yang lebih besar dalam pembentangan Belanjawan 2025 bagi memastikan pembangunan Labuan khususnya dalam infrastruktur dan ekonomi tempatan dapat ditingkatkan.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata semua cadangan dan pandangan yang diketengahkan oleh pemain industri dan badan bukan kerajaan itu akan dipertimbangkan dengan teliti dalam Belanjawan 2025.

“Semua pandangan dan cadangan  yang dikemukan oleh pihak berkepentingan akan saya teliti dan dipertimbangkan satu persatu bagi memastikan Belanjawan 2025 dapat memenuhi aspirasi dan keperluan semua rakyat Malaysia, khususnya  rakyat di Wilayah Persekutuan Labuan”, katanya ketika ditemui sejurus selesai  sesi libat urus berkenaan.

Dalam pada itu Dr Zaliha berkata kerajaan kekal  komited untuk menangani isu isu  yang  berkaitan  kesejahteraan rakyat  di pulau ini..

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN