24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

15 pelajar UMSKAL terima bantuan kewangan ‘Food Bank’ dan makanan

PROF. Datuk ChM Ts. Dr. Taufiq (empat kiri), Prof Dr.Jualang (tiga kiri) dan Hasmi (tiga kanan) bersama pelajar yang menerima  bantuan kewangan sumbangan Pusat Islam UMS dan ‘food bank’ daripada FKAL.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Seramai 15 pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)  menerima bantuan kewangan sumbangan Pusat Islam UMS.

Pada majlis itu juga mereka menerima bantuan ‘food bank’  daripada Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL).

Semua sumbangan tersebut disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk ChM Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin sempena Sesi Naib Canselor  UMS Bersama Pelajar UMSKAL di Dewan Utama pada Sabtu lalu.

Dr. Taufiq turut menghadiri majlis berbuka puasa  dan sesi beramah mesra dengan 107 pelajar.

Terdahulu seramai  20 pelajar menerima bakul makanan sumbangan daripada Sektor Pentadbiran Kolej Kediaman KAL Kota Kinabalu.

Turut hadir Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar, Pengarah UMSKAL Prof Dr. Jualang Azlan Gansau, Penolong  Naib Canselor  (Strategik), Prof Madya Dr. Mohd Rahimie Abd Karim dan  Pengarah Pusat Pengurusan Non Resident dan Fasiliti Perumahan Pelajar, Hasmi Hashim.

Hadir sama Dekan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Prof Dr. Abdullah Gani, Dekab Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof Madya Dr.  Mohamad Rizal Abdul Hamid.

Dalam pada itu,  Dr. Taufiq berharap  menerusi sumbangan  tersebut dapat meringankan beban keluarga disamping menceriakan pelajar meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Beliau juga menasihatkan  pelajar memanfaatkan  kehadiran mereka di kampus dengan menimba sebanyak ilmu pembelajaran dan pengajaran yang diperolehi daripada pensyarah walaupun menerusi kaedah dalam talian.

“Manfaatkan masa yang ada untuk ,emingkatkan ilmu bukan sahaja berkaitan kursus yang diambil tetapi juga mengeratkan persahabatan dengan rakan-rakan dari seluruh negara.

“Pelajar juga perlu menjaga disiplin dan nama baik YMS serta tidak menghampakan harapan ibu bapa yang mahukan mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara”: katanya ketika berycap pada  Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar UMSKAL 2021.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN