24 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

15 buah kampung terjejas banjir sekitar Lumadan terima bantuan

SERAH….Ruslan (empat, kanan) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada salah seorang mangsa banjir, kelmarin.

BEAUFORT, 8 Jan 2021 – Sebanyak 1, 136 bakul makanan telah diagihkan kepada 15 kampung di sekitar Lumadan yang terjejas akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, sumbangan bantuan bakul makanan yang diberikan adalah kerjasama diantara Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Pejabat Daerah Beaufort, Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) seperti YADIM dan juga pejabat ADUN Lumadan termasuk sumbangan peribadi daripada beliau, untuk mangsa-mangsa banjir.

Katanya, antara kampung-kampung yang menerima bantuan berkenaan ialah Kampung Balibata (112 bakul), Kg Binunuk (64 bakul), Kg Lago (147 bakul), Kg Kabajang Ulu (84 bakul), (Kg Kabajang Laut (64 bakul), Kg Lawa (75 bakul), Kg Labi (25 bakul) dan Kg Batandok Lubak (154 bakul).

PANTAU…Ruslan (kiri) bersama penduduk kampung memantau keadaan kawasan tempat tinggal penduduk yang dinaiki air.

Selain itu, kampung-kampung yang turut menerima bantuan itu ialah Kg Poring Lupak (105 bakul), Kg Sungkadan/Lupak Seberang (54 bakul), Kg Tuhu Lupak (104 bakul), Kg Jaya Baru Lumadan (152 bakul), Kg Batu 3 Padas Valley (10 bakul), Kg Batu 6 1/2 (146 bakul), Kg Limputong Lumadan (16 bakul).

Semua bantuan berkenaan diserahkan sendiri oleh Ruslan dalam satu majlis penyerahan yang dilakukan di sini, kelmarin.

Ruslan turut berkesempatan untuk turun meninjau keadaan banjir yang melanda kawasan terbabit.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN