RINGANKAN BEBAN… Harun (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangannya kepada salah seorang pemerima warga emas lelaki, dibantu oleh Hilorince (kiri) dan disaksikan oleh warga kerja kedua pihak.
OLEH: HAJI MOHD AMIN HJ MUIN DAN A.JALIL MADARIN
PITAS: Untuk meringankan beban harian seramai 140 orang masyarakat berbilang kaum dan pelbagai kategori menerima sumbangan makanan asas dari Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah PGRS Bahagian Pitas Datuk Harun Ismail (DHI) sempena program Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Daerah Mengundi PDM Saniton Laut dekat sini baru-baru ini.
Berucap di majlis itu Harun berkata, kunjungannya ke program hari ini bukan buat pertama kalinya malah telah diadakan di kawasan berdekatan dalam PDM Saniton Laut dan ingin menjelaskan kunjungan ini atas pemintaan masyarakat di kawasan ini yang di ketuai oleh Encik Hilorince Rosleen sebagai pengerusi penganjur program.
Pada majlis itu Harun turut menjelaskan kenapa beliau bersara sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksuketif di Sabah Oil dan Gas Development Corporation (SOGDC) yang mana jawatan yang beliau sandang berakhir pada 15 September 2025 baru-baru ini dan disambung semula.
” Tetapi saya bertekad tidak mahu menerima untuk disambung semula kerana saya mempunyai perancangan yang telah saya fikirkan sekian lama agar dapat mencurahkan bakti di daerah kelahiran saya untuk membantu dalam kepelbagaian termasuk dalam arena politik,” tegasnya.
Katanya dalam soal politik beliau menjelaskan kekuatan perpaduan dan persahabatan antara beliau dan masyarakat amat penting sekali agar beliau dapat memberijan khidmat kepada masyarakat dengan lebih dekat.
“Saya merayu kepada masyarakat dalam PDM ini agar menyokong penuh kepimpinan PGRS yang di ketuai oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan diperingkat Bahagian Pitas saya menyarankan siapa sahaja pemimpin PGRS yang dipilih oleh pimpinan pusat untuk menjadi calon pada pilihan raya masa terdekat ini kita hendaklah bersatu hati sebulat suara memberi sokongan padu tanpa sebarang andaian,” tambahnya.
Harun menegaskan jika kita berpecah belah dan mempunyai pandangan yang berbeza maksudnya tidak sependapat maka untuk mencapai hasrat PGRS meningkatkan lankap kerajaan Sabah Maju Jaya yang berkualiti sudah pasti tidak kesampaian.

BERSAMA PENDUDUK… Harun (barisan depan tengah) dan yang lain mengabadikan gambar kenangan bersama penerima sumbangan dan tetamu lain yang hadir.
Sehubungan itu, katanya program yang dianjurkan ini antara lain bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan kaum diantara satu dengan yang lain agar PGRS sentiasa disenangi dan disayangi oleh masyarakat berbilang kaum dan anutan kepercayaan.
Harun yang juga Presiden Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) antara lain berkata demikian di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna Pusat Daerah Mengundi Saniton Laut Pitas dekat baru-baru ini.
Terdahulu, Pengerusi penganjur program Hilorince Rosleen berkata, sebagai penduduk kampung setempat beliau merasa bangga dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Harun Ismail yang sudi hadir menyantuni masyarakat berbilang kaum dari Kampung Saniton Laut, kampung Vunui – Lokos dan kampung Mangkabusu Pitas.
Katanya, selain bertemu rakyat jelata Datuk Harun juga sudi dan ikhlas menyumbang makanan asas sebagai tanda kasih sayang pemimpin kepada rakyat disamping mengeratkan jalinan silaturahim dan mengukuhkan semangat perpaduan kaum.
Beliau yang mewakili penduduk kampung itu mengucapkan jutaan terima masih serta berpendapat pemimpin seperti Datuk Harun amat sukar ditemui.
Di majlis itu Harun menyampaikan sumbangannya berupa beras 10kg tiap seorang kepada 140 orang pelbagai kategori.
Hadir sama, Pegawai Khas kepada Datuk Harun, Abdul Majit Tarip@Man, Pengerusi JKK Kampung Saniton Laut, Amzah Sinuol, Penyelaras 1, Marudin OT Suabon, Penyelaras II, Sabli Sarabi, warga kerja Datuk Harun dan warga kerja jawatankuasa penganjur program.



