30 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

136,056 pelarian Filipina dikenalpasti di Sabah 4th December, 2020

Gambar fail

KUALA LUMPUR: Sejumlah 136,055 pelarian Filipina di Sabah telah dikenalpasti melalui milikan dokumen IMM13, Sijil banci Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah/Labuan dan Sijil burung-burung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata kerajaan tidak pernah menghalang malah menggalakkan supaya pemegang dokumen IMM13 sedia ada untuk kembali ke negara asal mereka.

“Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan pihak kedutaan Republik Filipina dengan membenarkan ‘mobile team’ kedutaan untuk beroperasi di Sabah.

“Mobile team membolehkan pihak kedutaan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan penyediaan passport serta lain-lain urusan yang berkaitan untuk warganegara mereka termasuk pelarian Filipina di Sabah,” katanya menerusi jawapan bertulis yang dipaparkan di laman rasmi Parlimen.

Ia bagi menjawab soalan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah dasar kerajaan untuk menangani kehadiran pelarian Filipina di Sabah yang telah berada di Sabah sejak tahun 1970-an.-Bernama

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN