Gambar: PESERTA…sebahagian daripada para peserta yang menyertai pertandingan tersebut berkumpul di Pantai Tanjung Aru Nelayan.
LABUAN: Seramai 13 peminat fotografi menyertai pertandingan Fotografi ‘Rhe Beauty Of Labuan’ sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2022 peringkat Labuan.
Pertandingan yang diadakan di pantai Tanjung Aru Nelayan itu dilancarkan oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, baru-baru ini.
Pertandingan yang melibatkan pasangan modeling (lelaki dan wanita) dengan memperagakan busana etnik melibatkan pengambaran dua sesi iaitu suasana Matahari Terbit (sunrise) di Pantai Tanjung Aru Nelayan dan Matahari Terbenam (sunset) di Labuan International Golf Club (LIGC) Labuan.
Pertandingan julung kalinya diadakan ini adalah anjuran bersama, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 5 dengan kerjasama Anak Jati Keluarga Dan Komuniti Kampung Tanjung Aru Nelayan (AJKDK), Perbadanan Labuan, LIGC dan Tourism Malaysia.
Menurut Pengerusi Penganjur Fadillah Eddy Abdul Khalid, johan akan menerima hadiah wang tunai RM800, naib johan RM700 dan tempat ketiga RM600.
Manakala tempat keempat dan kelima membawa pulang wang tunai RM500 dan RM400.