27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

13 juta tonton pengebumian Putera Philip

HAMPIR 13 juta penduduk Britain menonton majlis pengebumian Duke of Edinburgh, Putera Philip di BBC dan ITV. – AFP

LONDON: Kira-kira 13 juta rakyat Britain menonton majlis pengebumian Duke of Edinburgh, Putera Philip di saluran televisyen BBC dan ITV.

Lapor Daily Mail, angka itu melebihi jumlah tontonan yang dicapai oleh program wawancara eksklusif Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle bersama pengacara terkenal, Oprah Winfrey. 

Liputan upacara pengebumian Putera Philip yang disiarkan secara langsung di BBC dan dihos pengacara televisyen, Huw Edwards merekodkan 11.4 juta penonton pada waktu puncak.

Jumlah itu kira-kira 10 kali ganda lebih tinggi berbanding 1.2 juta yang dicapai oleh ITV

Wawancara eksklusif pendedahan kontroversi Harry dan Meghan pula mempunyai 12.4 juta penonton pada waktu puncak ketika disiarkan di United Kingdom (UK).

Purata jumlah penonton BBC bagi upacara pengebumian Philip adalah sebanyak 6.6 juta orang manakala ITV pula jauh lebih rendah iaitu 851,300 orang.

Liputan majlis pengebumian Philip yang disiarkan di ITV dihos oleh pengacara televisyen, Tom Bradby dan Julie Etchingham.

Pada hari berkenaan, BBC memulakan liputan berjudul The Funeral of HRH the Prince Philip, Duke of Edinburgh pada pukul 12.30 tengahari waktu tempatan. 

BBC berjaya menarik jumlah penonton paling banyak pada pukul 3.08 petang manakala jumlah tontonan tertinggi di ITV pula seminit lebih awal iaitu pada pukul 3.07 petang.

Philip selamat dikebumikan dalam upacara pengebumian yang berlangsung secara tertutup di St George Chapel, Istana Windsor pada Sabtu lalu.

Hanya 30 orang yang majoritinya ahli kerabat diraja menghadiri majlis pengebumian Duke of Edinburgh itu susulan pandemik Covid-19. – Utusan Malaysia

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN