24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 17, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

12,000 pokok bunga di terbangkan ke Labuan sempena BFF 2025

Sebahagian pokok pokok bunga yang dibawa menggunakan pesawat TUDM tiba di Pangkalan Udara Labuan pada Jumaat.

LABUAN: Sebanyak 12,000 pokok bunga yang melibatkan 24 spesies dari Wilayah Persekutuan KuaLumpur telah di terbangkan ke Labuan sempena penganjuran Borneo Flora Festival (BFF) 2025 yang akan diadakan di sini pada 26-30 Julai ini.

Kesemua pokok bunga terbabit dibawa menerusi penerbangan khas menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Subang ke Pangkalan Udara Labuan.

Penerbangan pertama pokok pokok bunga telah pun tiba minggu lalu dan penerbangan kedua tiba pada kira kira jam 10.30 pagi pada Jumaat.

Penghantaran bunga bunga itu sebagai usaha memperbanyakan dan memperindahkan pameran flora sepanjang festival berlangsung, di samping menarik kehadiran pengunjung dengan keunikan dan kepelbagaian bunga yang dipamerkan.

Selain pokok bunga, pesawat TUDM itu turut membawa pelbagai peralatan dan barangan sokongan lain yang diperlukan bagi persiapan festival.

BFF 2025 anjuran bersama Jabatan Wilayah Persekutuan, Perbadanan Labuan, Perbadanan Putrajaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan di adakan di kawasan Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan bakal mempamerkan 250,000 pokok bunga pelbagai spesies yang sebahagian besarnya datang dari Borneo.

Ketika ini lebih 2,000 sukarelawan BFF yang melibatkan pelajar universiti, kakitangan jabatan kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO’s) bertungkus lumus memindahkan pokok pokok bunga dari tapak semaian ke kawasan BFF yang hanya tinggal 14 hari penganjurannya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN