26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

120 saudara baharu diraikan dalam Majlis Iftar Perdana anjuran MIPHC

CERIA… Rithuan menyampaikan sumbangan wang tunai dan cenderahati Senaskah Al-Quran kepada salah seorang saudara baharu@Mualaf pada majlis itu.

LABUAN: Seramai 120 saudara baharu (Mualaf)  diraikan dalam Majlis Iftar Ramadan anjuran Hidayah Centre Foundation (MIPHC) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.

Majlis yang diadakan di dewan utama Desa Tunas Hijau Sungai Miri itu disempurnakan Majlis Perasmiannya oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Hadir sama, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif  MIPHC,  Joannes Lukas dan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md. Saad.

Terdahulu, Rithuan ketika berucap pada majlis itu berkata penubuhan yayasan berkenaan boleh menjadi satu badan bukan kerajaan yang menjadi rujukan dan contoh untuk masyarakat mengetahui Islam dengan baik dan harmoni.

Beliau berkata, penganjuran program sedemikian perlu diketengahkan agar lebih ramai mualaf diraikan bersama sempena bulAn Ramadan.

“Usaha murni yang dilakukan oleh MIPHC wajar disambut baik oleh semua masyarakat yang terdiri pelbagai ektnik dan agama.

“ Perbadanan Labuan akan sentiasa menyokong penuh program program yang mampu memberi impak sosial yang baik terhadap pembangunan masyarakat”katanya.

Pada majlis itu, Rithuan turut menyampaikan  sumbangan bantuan wang tunai dan cenderahati naskah Al-Quran kepada saudara baharu yang diraikan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN