25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

12 Individu dikompaun langgar SOP

PEMERIKSAAN… pihak polis ketika melakukan pemeriksaan penumpang kenderaan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Tun Mustapha.

LABUAN: Seramai 12 individu dikenakan kompaun kerana melanggar Prosedur Operasi Standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan menaiki kenderaan persendirian melebihi dua orang dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tun Mustapha, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, kesemua mereka merupakan lelaki berumur antara 18 hingga 72 tahun itu dikompaun di bawah Peraturan 11(1) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ) (No 8) 2020.

Kesemua mereka dikenakan kompaun RM1,000 seorang yang perlu dijelaskan ke Jabatan Kesihatan Labuan dalam tempoh 14 hari.

“Pihak polis menasihatkan masyarakat Labuan agar mematuhi SOP PKPB yang telah ditetapkan untuk membendung penularan virus Covid-19”,katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, kelmarin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN