27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

35 kenderaan diperiksa dalam Ops Ambang Tahun Baharu 2021

PERIKSA…. DSP Mohd Ghani (dua dari kanan) bersama anggotanya ketika melakukan pemeriksaan di salah sebuah restoran di pusat bandar.

LABUAN – Polis di sini telah memeriksa  35 kenderaan termasuk motosikal dan 40 individu  dalam Ops Ambang Tahun Baharu 2021 yang diadakan  di Jalan Kampung Sun gai Keling pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis  Wilayah Persekutuan Labuan, DSP  Mohd Ibrahim  Mohd Ghani berkata hasil daripada pemeriksaan itu sebanyak 26 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Selain itu katanya, dalam operasi yang berasingan pihak polis juga telah membuat pemeriksaan terhadap 257 individu di 121 lokasi  yang melibatkan premis perniagaan, restoran, café dan kawasan perumahan serta hotel yang menempatkan  individu yang dikuarantin.

SEKATAN… Polis dari cawangan Tarafik ketika membuat pemeriksaan seketan jalan raya di Jalan Sungai Keling sebelum menjelang tahun baharu 2021

“Hasil daripada pemeriksaan itu polis  telah mengeluarkan satu kompaun terhadap seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun  kerana melanggar  Perintah Kuarantin di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020” katanya  dalam satu kenyataan media di sini, pada Jumaat.

Menurut Mohd Ghani lagi, operasi yang bermula jam 6 petang pada 31 Disember  hingga jam 2 pagi pada 1 Januari 2021  itu  telah melibatkan kekuatan  seramai 66 anggota yang terdiri 12 pegawai dan 50 anggota serta 4 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Operasi yang diadakan di seluruh kawasan bandar bertujuan sebagai langkah pencegahan jenayah menjelang ambang tahun baharu 2021 selain operasi pematuhan Operasi Prosedur Standart (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berkuat kuasa  ketika ini.

“Manakala operasi sekatan jalan raya, rondaan dan snap  check bertujuan mengesan kesalahan lalulintas serta memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi undang-undang lalulintas” katanya.

Mohd  Ghani  menasihatkan kepada semua masyarakat serta pengguna-pengguna jalan raya  agar terus patuh kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan serta sentiasa mematuhi SOP PKPP dalam mengawal dan mengelak daripada jangkitan Covid-19 berlaku di kalangan masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN