27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

11 Pengerusi JPKK Kawasan Bingkor terima watikah perlantikan

KENINGAU:11 orang menerima pelantikan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK)Kawasan N. 40 Bingkor yang baru.

Mereka yang menerima pelantikan adalah untuk mengisi kekosongan JPKK bagi 11 buah kampung yang baru mendapat kelulusan pembentukan JPKK.

Penyampaian watikah pelantikan mereka disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dalam ucapannya menekankan kepada Pengerusi-Pengerusi JPKK yang baru mendapatkan pelantikan itu supaya menjalankan amanah dengan penuh bertanggungjawab dan berintegriti.

Katanya, tanggungjawab sebagai Pengerusi JPKK adalah membantu rakyat di kawasan masing-masing dari segi pembangunan dan keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

“Pengerusi JPKK adalah agen kerajaan sebagai penyampai isu-isu dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

Pengerusi JPKK juga jangan bertindak sesuka hati tetapi hendaklah merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pejabat Daerah  dan agensi agensi yang berkaitan” tegasnya.

Pengerusi-Pengerusi JPKK  baru yang menerima pelantikan terdiri daripada Pepol Ogob Kampung Tuarid Tatal, Backet Maidin (Kampung Mengitom Tengah), Sariman Bugang (Kampung Nahaba), Yamin Dunggi  (Kampung Melidang), Jespah @ Mohd Yusof Gombitin (Kampung Rezab Lambanga), Andrew Limpak (Kampung Takad Selatan), Raimond John (Kampung Gana), Jeromey Januarius Bundoi (Kampung Mararagang), Nona @ Yem Binti Tungai Kampung  Tamoi), Irene Binti Gambulu (Kampung Tampulan) dan Marrius Lotujin (Kampung Ulu Kikiran).

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Junior Fred dan staf UPPM.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN