31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

11 buah SMK di daerah ini memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PPD RANAU…Majus Munsing.

RANAU : 11 buah sekolah menengah yang mempunyai pelajar Tingkatan 5 dan 6 di daerah ini kini siap siaga memulakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bermula hari ini , 24 Jun 2020.

Antara sekolah terlibat ialah SMK Mat Salleh menempatkan 243 pelajar Tingkatan 5 (SPM) dan101 orang pelajar Tingkatan 6 (STPM).

Pengetua SMK.Mat Salleh, Boy @Sharif Francis @Fuad, ketika ditemui memberitahu sekolahnya sudah bersedia memulakan Pengajaran dengan mematuhi penjarakan sosial (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau Majus Munsing ketika dihubungi mengharapkan kepada semua sekolah terlibat supaya mempastikan semua pelajar, guru Dan ibu bapa hendaklah mematuhi semua SOP seperti yang telah di tetapkan KPM,bagi mengelakkan jangkitan penularan Covid-19 yang kini menular menjadi wabak seluruh dunia.

Menurut Majus, antara SOP yang harus di patuhi  adalah penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara satu dengan yang lain, wajib memakai Pelitup hidung dan mulut (Facemask), pemeriksaan Suhu dan kerap membasuh tangan dengan sabun (sanitizer).

10 buah lagi Sekolah Menengah di Ranau ialah, SMK.Ranau, SMK Lohan, SMK.Kundasang, SMK.Bundu Tuhan SMK.Kemburongoh, SMK.Matupang Jaya, SMK.Timbua, SMK Al-Irsyadiah dan SMK.Ulu Sugut, SMK Agama Mohd.Ali.

“Kita mengharapkan tidak ada  perkara yang tidak diingini berlaku melibatkan pelajar, guru-guru dan ibu bapa berikutan dengan pembukaan semula persekolahan walau belum tamat Perintah Pergerakan Pemulihan (PKPP)”, tambahnya.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN