1,092 lagi penduduk terima bantuan daripada Jonathan

Oleh: Salwah Aramat

Juitin (kiri) menerima sumbangan disampaikan Benedict.

RANAU: Seramai 1,092 lagi penduduk yang terkesan pandemik Covid-19 dari 10 buah kampung kawasan Parlimen Ranau, menerima sumbangan berupa Barangan Makanan (BarMa) daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri II (KDN).

Sumbangan itu telah disampaikan para kakitangan dan Sukarelawan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, yang mewakili Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau.

Benedict (tengah) bersama para penerima dan Kru Sukarelawan penghantar BarMa di Kg. Kinasaraban Ranau.

Sebelum ini lebih lima ribu penduduk dari lebih 70 buah kampung telah menerima sumbangan yang sama bagi meringankan beban yang ditanggung mereka yang terkesan.

Jonathan ketika dihubungi memberitahu, sumbangan yang disampaikan itu diharap mampu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang kini menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Saya menyeru kepada penduduk supaya sentiasa menjaga kebersihan diri masing-masing selain mematuhi saranan kerajaan termasuk memakai Pelitup Separuh Muka (facemask) bila berada di tempat awam, sering membasuh tangan dgn sabun (sanitizer), mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak mengunjungi kawasan sesak (ramai orang) sebagai satu cara mengekang penularan (jangkitan) Covid-19”, jelas Jonathan.

Menurutnya lagi, hanya mematuhi SOP yang ditetap kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19, sehingga Vaksin yang lebih berkesan dapat dikenalpasti (ditemui) boleh memusnahkan wabak Coronavirus tersebut.

Moris (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Marius Kuntagil mewakili penduduk Kg. Soborong Ranau.

Sementara itu, beberapa penerima yang ditemui masing-masing merakam penghargaan kepada Jonathan kerana inisiatifnya menghulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan Covid-19.

“Kami berterima kasih dengan bantuan BarMa sumbangan pihak Parlimen Ranau, yang diilhamkan Jonathan”, jelas salah seorang penerima Juitin Kumbas 56, dari Kg. Kinasaraban.

Hadir sama menyampaikan BarMa bagi mewakili Jonathan ialah Setiausaha Politiknya, Benedict Gunda.