30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, September 29, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

1000 tangki untuk rakyat Labuan yang terjejas teruk bekalan air

SERAH…. Mohd Rafi (tiga kanan) ketika menyerahkan tangki kepada puan Waryan Jaikoromo di Kampung Pohon Batu sambil diperhatikan  Bashir (kiri sekali), Niswati (dua kanan) dan Saiful. 

LABUAN: Usaha UMNO Bahagian Labuan untuk mendapatkan peruntukan pembelian 1,000 unit tangki  untuk keperluan penduduk kampung yang berhadapan dengan krisis air bersih yang berlaku di pulau ini berhasil apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan  tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, permohonan 1,000 tangki yang berkepasiti 400 gelen   itu telah diluluskan melalui kepimpinan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya sebelum ini telahpun bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi  untuk menjelaskan  permasalahan rakyat Labuan berkaitan masalah air yang sangat kritikal dan perkara ini telah pun diangkat ke pengetahuan Perdana Menteri.

“Syukur Alhamdulilah demi meringankan beban rakyat yang terjejas teruk dengan bekalan air,  kerajaan Madani  telah bersetuju meluluskan  pembelian bantuannjangka pendek  1,000 unit tangki yang akan diagihkan dalam waktu terdekat” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis simbolik penyerahan tangki  di Kampung Pohon Batu dan kampung Lubok Temiang,  pada Ahad.

Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, pihaknya akan memastikan  bantuan jangka pendek tangki itu akan diagihkan kepada kawasan penduduk kampung yang betul betul  terkesan dengan masalah krisis air yang  sedang dihadapi  oleh rakyat Labuan sejak beberapa bulan yang lalu.

Dalam pada itu, beliau  merakamkan penghargaan  terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan terutama sekali kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibarahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  yang prihatin dengan permasalahan  kritikal yang dihadapi oleh rakyat Labuan.

Hadir sama pada majlis penyerahan simbolik tangki itu Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Bashir Alias, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Niswati Tarji, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Saiful Pungot dan beberapa jawatankuasa tertinggi UMNO empat peringkat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN