33 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

1,000 peluang pekerjaan   ditawarkan kepada pencari kerja di Labuan

SYARIKAT ASB Sdn. Bhd antara syarikat swasta  yang menyertai Karnival Mini Kerjaya Jaminan Kerjaya Keluarga Malaysia 2022 peringkat Labuan.

LABUAN: Dianggarkan sekurang-kurangnya  1,000 peluang pekerjaan tersedia untuk ditawarkan kepada pencari kerja sempena Mini Karnival Kerjaya  Jaminan Kerja Keluarga Malaysia 2020 anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) cawangan  Labuan yang diadakan di Kompleks Ujana Kewangan, baru-baru ini.

Pengarah PERKESO  Sabah, Dr Mohd Ali Hindia berkata, peluang pekerjaan itu  tersedia apabila sebanyak 12 buah syarikat (majikan)  daripada pelbagai sektor  di pulau ini menyertai  karnival tersebut.

“Penganjuran Program Mini Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah menawarkan lebih 1,000  kekosongan jawatan dengan penglibatan sebanyak 12 buah majikan”, katanya ketika berucap merasmikan karnival tersebut.

Mohd Ali berkata, sepanjang tahun 2020, PERKESO negeri Sabah yang merangkumi Labuan telah berjaya mengembalikan semula  pelaung pekerjaan kepada 7,141orang.

SIMBOLIK…Dr Mohd Ali  (kiri sekali) merasmikan Mini  Karnival  Kerjaya Jaminan Kerjaya Keluarga Malaysia 2022Peringkat Labuan di Kompleks Ujana Kewangan, baru-baru ini.

Manakala sepanjang tahun 2021 pihaknya telah mencatatkan seramai 7,429 orang berjaya memperolehi pekerjaan.

“Bagi tahun ini bermula Januari hingga Febuari 2022 PERKESO Sabah mencatatkan sebanyak 1,255  pencari kerja telah berjaya bekerja semula” katanya.

Turut diadakan pada karnival itu ialah penyampaian  faedah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP).

Hadir sama pada karnival sehari itu,  Pengarah Jabatan Kerja Wilayah Persekutuan Labuan, Ag Ismail Ag Tengah, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Mohamad Syahffie Japril, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan, Ansharey Matarsad dan Pengurus PERKESO Labuan, Soripin Ripol.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN