31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

1,000 pelajar serta Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 1, 2023

PARA  peserta   yang menyertai program MFLS  Tier 1, 2023 di SK Pekan Satu.

LABUAN:  Seramai 1,000 pelajar dari lima buah sekolah menengah di sini menyertai Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 1, 2023 yang diadakan di SK Pekan Satu,  baru baru ini.

Program yang berlangsung selama lima hari itu dianjurkan  oleh Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS)  dengan kerja sama Jabatan Pendidikan Negeri, dan Angkatan Belia MFLS (ABM) Kebangsaan dan Negeri.

Lima buah sekolah yang menyertai program itu ialah SM Sains, SMK Pantai, SMK Mutiara, SM, St Anthony dan SMK Labuan.

Antara lain program tersebut  bertujuan untukmemberi kefahaman dan gambaran yang lebih jelas kepada para pelajar mengenai program Malaysia Future Leaders School (MFLS).

Ia juga bertujuan untuk mempromosikan program MFLS secara lebih meluas di peringkat sekolah-sekolah” katanya kepada media di sini.

 Sementara itu, majlis penanguhan program tersebut yang berakhir pada 17 Febuari lalu itu  telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohammad Syaffie Haji japril.

Hadir sama, Penolong Pengarah Kluster Kepimpinan i_LEAD, Mohd Yuhanis Mohamad Yusof, Timbalan Presiden Angkatan Belia MFLS, Ryean Syah Sophian dan Ketua Penolong Pengarah HEM Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Labuan, Minggu Ahmad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN