34 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

1,000 murid  terima peralatan sekolah sumbangan YWP

BEG SEKOLAH… Bashir (tengah) bersama  Zam (kiri sekali) ketika menyerahkan bantuan peralatan sekolah kepada salah seorang murid dari keluarga golongan B40

LABUAN: Kira-kira 1,000 murid  sekolah rendah   di sini menerima sumbangan beg sekolah   dan wang tunai melalui Program Bantuan Khas Persekolahan 2022 sumbangan daripada Yayasan Wilayah Persekutuan  dengan kerjasama UMNO Bahagian Labuan.

Majlis penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Lada, pada Ahad.

Hadir sama menyaksikan penyerahan sumbangan itu Ketua Pegawai Eksekutif  Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Datuk Zaizalnizam Zainun.

Bashir yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan ketika ditemui media berkata, program tersebut sepatutnya diadakan pada awal tahun lalu, namun terpaksa ditangguhkan akibat penularan wabak COVID 19.

“Kita di Labuan mengucapkan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim yang sentiasa prihatin  untuk membantu warga Labuan khususnya golongan B40  dalam menyalurkan  bantuan khas peralatan sekolah menerusi YWP” katanya.

Sementara itu, Zaizalnizam menjelaskan program Bantuan Khas Peralatan Sekolah merupakan program tahunan YWP dalam membantu  murid murid  yang kurang berkemampuan termasuk mereka dari golongan B40 di seluruh kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata YWP yang sentiasa prihatin telah memperuntukan sebanyak RM650,000.00 untuk membantu  murid-murid yang kurang berkemampuan  di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.

“Ini adalah sebahagian sumbangan daripada YWP dalam membangunkan pendidikan  dan  ekonomi sosial kemasyarakatan  dan kami berharap dengan bantuan ini dapat membantu golongan B40 untuk  meneruskan kehidupan yang lebih selesa” katanya.

TAMAT

GAMBAR:

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN