29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

100 peserta sertai Program Kayuhan Santai HBN 2021   anjuran GABPOBA

KAYUHAN SANTAI…. Mohd Hafiez (empat dari kanan) bersama para peserta Kayuhan Santai Sempena Road Tour Sambutan Hari Belia 2021 peringkat Labuan.

LABUAN: Seramai 100 peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur menyertai Program Kayuhan Santai Sempena  Road Tour  Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2021 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Program anjuran  Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Pohon Batu (GABPOBA) yang berkolaborasi bersama Jabatan Belia dan Sukan  (JBS) dan Majlis Belia Labuan (MBL) itu melibatkan kayuhan sejauh 1.3 kilometer telah diadakan  pada Ahad bermula Balai Raya Kampung Pohon Batu

Antara laluan kayuhan  yang turut disertai kaum hawa itu membabitkan laluan jalan raya Kampung Pohon Batu, Ganggarak, Tanjung Aru,   Lubok Temiang kembali semula ke Ganggarak  sebelum tamat semula di Balai Raya Kampun Pohon Batu.

Perlepasan ‘flagoff’ disempurnakan oleh Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hafiez Mohd Daud, manakala majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohammad Shaffie Haji Japril.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 5, Fadhilah Eddy  Abd. Khalid dan Ketua Kampung Pohon Batu, Haryadi Omar.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur, Nizam Kasmat berkata, program yang dilansungkan pada sebelah malam itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Keselamatan Negara, Bahagian Trafik IPD Labuan dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Masjid Al Munawar Kampung Pohon Batu.

Nizam menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan aktiviti pertama yang diadakan oleh PABGOBA selepas Labuan beralih ke fasa 4 Pelan Peralihan Negara (PPN).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN