29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

100 ahli peladang Labuan terima Kad Pintar PELADANG–i

Pengerusi Jemaah Pengarah PPN Wilayah Persekutuan Labuan, Bongsu Mohamad  menerima kad pintar PELADANG-i daripada Hajah Norlizah.

LABUAN: Kira-Kira 100 ahli peladang  Wilayah Persekutuan Labuan menerima Kad Pintar PELADANG-i (Smart Card-PELADANG-i) yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah  Pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, Hajah Norlizah Muhamad.

Majlis penyerahan kad pintar itu diadakan  sempena Majlis Perasmian Pra-Pelancaran PELADANG-i dan Program Dari Dapur Peladangnita peringkat Wilayah Persekutuan  yang diadakan di Plaza Kompleks Sukan Air  Antarabangsa Labuan, pada Isnin.

Norlizah ketika ditemui pemberita berkata, buat permulaan seramai 100 ahli   peladang daripada 4,000 ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Wilayah Persekutuan Labuan berpeluang menikmati kemudahan kad pintar PELADANG-i.

HAJAH Norlizah (tengah) ketika meninjau  pertandingan Dari Dapur Peladangnita

 “ Kita sedang berusaha untuk membantu secara berperingkat  agar kesemua ahli-ahli Pertubuhan Peladang  yang berdaftar dengan PPK  akan menerima kad tersebut” katanya.

Menurutnya, pemberian kad pintar PELADANG-i itu melibatkan ahli-ahli Peladang di seluruh negara dan merupakan satu inisiatif dan kerjasama strategik antara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)  bersama Agrobank.

Menyentuh mengenai Pertandingan Dari Dapur Peladangnita, beliau berkata sebanyak 13 kumpulan yang membabitkan 12 kumpulan dari PPK Labuan dan satu kumpulan dari PPK Putrajaya bersaing dalam pertandingan tersebut.

“Juara dalam pertandingan itu akan mewakili Wilayah Persekutuan ke peringkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan sebelum akhir tahun ini.” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN