ADVERTISEMENTspot_img

10 Ribu Pengunjung Meriahkan Istiadat Perbarisan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 TYT

Tun Musa (belakang, kanan) melambai ketika menaiki kenderaan istiadat bagi memeriksa perbarisan

KOTA KINABALU : Kira-kira 10,000 pengunjung memeriahkan Istiadat Perbarisan Sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Padang Merdeka, hari ini.


Seawal jam 6.30 pagi, acara dimulakan dengan perarakan masuk perbarisan yang didahului oleh kategori sekolah rendah, disusuli kategori sekolah menengah, kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), kategori Persatuan Etnik Sabah, kategori Agensi Swasta dan Badan Berkanun, kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam rasmi dan terakhir sekali jabatan kerajaan berpakaian seragam rasmi. 


Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin tepat jam 8 pagi disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag. 


Tun Musa kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Mohammad Izwan Buang sambil diiringi 17 das tembakan meriam. 


Selepas itu, Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin mengiringi Tun Musa menaiki kenderaan istiadat bagi memeriksa 80 kontinjen perbarisan sebelum sebelum acara memotong pulut kuning. 


Turut diadakan, persembahan khas dengan menampilkan lagu baharu, “Dirgahayu Tuan Yang Terutama Negeri Sabah” yang oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.


Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Pembantu-pembantu Menteri, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan./Penerangan

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN